Manuskrip Timbuktu

Manuskrip Timbuktu berkaitan matematik dan ilmu falak.
Manuskrip karya Nasir al-Din Abu al-Abbas Ahmad ibn al-Hajj al-Amin al-Tawathi al-Ghalawi berjudul Kashf al-Ghummah fi Nafa al-Ummah. Daripada Mamma Haidara Commemorative Library, Timbuktu
Manuskrip Timbuktu, jadual astronomi

Manuskrip Timbuktu merujuk kepada 700,000 dokumen Afrika Zaman Pertengahan yang memuatkan beberapa jenis penulisan daripada karya-karya kesarjanaan sehinggalah surat-surat singkat yang terpelihara dan dimiliki orang awam di Timbuktu. Manuskrip-manuskrip tersebut diturunkan sebagai pusaka keluarga dan berada dalam keadaan buruk.[1] Sebahagian daripada manuskrip tersebut ditulis pada abad ke-13 Masihi.[2]

Dengan kemerosotan pendidikan Arab di Mali berikutan pemerintahan Perancis minat terhadap manuskrip lama turut merosot di Timbktu sehinggakan banyak manuskrip dijual.[3] Majalah Time mengisahkan seorang imam yang membeli empat manuskrip dengan bayaran $50 (Dolar AS) setiap satu. Pada Oktober 2008, satu daripada rumah di Timbuktu dilanda banjir yang memusnahkan 700 manuskrip.[4]

Sebahagian besar manuskrip ditulis dalam Bahasa Arab, atau bahasa-bahasa Afrika yang ditulis menggunakan skrip Arab, atau menggunakan abjad skrip Arab yang diubah suai sebagai versi Afrika, yang digelar "Skrip Ajami". Bahasa-bahasa tempatan bertulis yang terdapat dalam manuskrip termasuk bahasa Songhay dan Tamasheq.[5] Manuskrip-manuskrip ini berkaitan pelbagai tajuk, termasuk matematik, sains, falsafah,[6] Islam, astronomi, undang-undang dan juga kontrak.[7]

  1. ^ "Towards an omnilingual word retrieval system for ancient manuscripts". Pattern Recognition Volume 42, Issue 9, September 2009, Pages 2089–2105.
  2. ^ "Saving the Timbuktu Manuscripts". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-05. Dicapai pada 2012-09-11.
  3. ^ "THE TIMBUKTU MANUSCRIPTS – REDISCOVERING A WRITTEN SOURCE OF AFRICAN LAW IN THE ERA OF THE AFRICAN RENAISSANCE by NMI Goolam" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-03-16. Dicapai pada 2012-09-11.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-06. Dicapai pada 2012-09-11.
  5. ^ http://www.nytimes.com/2007/08/07/world/africa/07mali.html?pagewanted=all
  6. ^ www.timbuktufoundation.org
  7. ^ http://www.saudiaramcoworld.com/issue/201105/from.africa.in.ajami.htm

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search